Siapa sangka digelar LELAKI TERBURUK tapi mampu memiliki cinta sejati!!!


BUKTI paras rupa bukan pengukur untuk menjalinkan cinta serta menyulam kasih sayang.

Seorang bekas tukang kasut ini digelar dan terkenal sebagai lelaki terburuk di Uganda kerana memliki wajah yang pelik.

Walaupun Godfrey Baguma, 47, memiliki wajah buruk dan menakutkan akibat menderita penyakit ganjil yang tiada ubatnya, dia kini baru sahaja menyambut kelahiran anak yang kelapan bersama isterinya, Kate Namanda, 30.

Sebelum berkahwin dengan Kate, Godfrey memiliki dua orang anak hasil perkahwinan pertamanya namun berakhir selepas dia mendapati isteri pertamanya itu curang dengan lelaki lain.


Bercakap mengenai cintanya terhadap Kate, Godfrey memberitahu dia tinggal bersama Kate selama 4 tahun sebelum orang disekelilingnya tahu di mana dia berada.

“Saya tidak mahu mereka tengok saya sehingga kami ada anak kerana sudah pasti mereka akan menyuruh Kate tinggalkan saya.

“Dia tinggalkan saya ketika dia hamil 6 bulan tetapi dia kemudiannya mula menerima takdir dan kembali kepada saya 2 bulan selepas itu,” katanya kepada sumber.

“Saya memberitahunya, saya tidak pilih untuk kelihatan seperti ini dan sekiranya saya membebankan, Kate bebas untuk pergi meninggalkan saya,” tambahnya.

Selepas dikurniakan anak pertama pada tahun 2008, pasangan itu memutuskan untuk berkahwin pada tahun 2013 dan kini mereka dianugerahkan 6 orang cahaya mata.

Teguh dengan pendirian dan percaya bahawa cintanya terhadap Godfrey adalah telus, Kate beritahu dia tidak pedulikan apa yang diperkatakan orang lain.

“Apabila kamu sudah temui lelaki yang tepat untuk diri kamu, pedulikan apa yang orang kata. Ikut kata hati anda kerana duit serta paras rupa bukan satu masalah,” kata Kate.

Godfrey yang juga terkenal dengan nama Ssesabi kini memperolehi pendapatan hasil daripada penampilannya dalam bidang nyanyian serta ‘stand-up‘ komedi olehnya.

Jadi  kisah cinta mereka ini sememangnya wajar dijadikan contoh kerana mereka jelas sekali tidak pentingkan paras rupa, Cukup hasil punca rezeki yang halal yang boleh menampung keluarga dan apa yang penting cinta mereka telus.

Sumber http://mynewshub.cc/

0 Response to "Siapa sangka digelar LELAKI TERBURUK tapi mampu memiliki cinta sejati!!!"

Post a Comment